Image Banner

PROGRAM SIMULASI HAJI

Pembimbing: PU Yeop
Tarikh: 28 Mei 2025
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Nafizah
Peserta: Semua Pelajar AKHTAR
 
Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang kelima dan wajib dilaksanakan bagi umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan. Walaupun hanya sebilangan kecil umat Islam berpeluang menunaikannya secara sebenar, adalah penting untuk seluruh Muslim, khususnya generasi muda, memahami tujuan, rukun, wajib dan hikmah di sebalik ibadah ini. Sehubungan itu, penganjuran Program Simulasi Ibadah Haji Peringkat Sekolah merupakan satu pendekatan pendidikan yang bersifat praktikal dan interaktif. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai tatacara dan perjalanan ibadah haji secara simbolik dan menyeronokkan, di samping menanam nilai-nilai keislaman seperti kesabaran, disiplin, tolong-menolong dan penghayatan spiritual. Melalui program ini, murid akan dibimbing melalui stesen-stesen rukun dan wajib haji seperti niat ihram, tawaf, saie, wukuf di Arafah, melontar jamrah, tahalul dan sebagainya. Aktiviti ini diharap dapat memberi kesan mendalam terhadap kefahaman dan penghayatan murid terhadap ibadah haji serta menjadikan pendidikan Islam lebih berkesan dan bermakna.
 
OBJEKTIF
a) Mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap topik ibadat Haji.
b) Pelajar dapat menjalani amali pemakaian pakaian ihram.
c) Pelajar dapat melakukan amali wajib dan rukun Haji seperti tawaf, melontar jamrah, wukuf dan sebagainya.
d) Pelajar dapat membaca dan menyebut lafaz-lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji.
e) Pelajar dapat menjalin kerjasama antara mereka dalam melaksanakan simulasi haji dan umrah.
LAGI

SAMBUTAN HARI GURU 2025

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH: 16 MEI 2025

HARI: JUMAAT

TEMPAT: DEWAN NAFIZAH, AKHTAR

Bersempena dengan sambutan ini juga, satu slot “JOM JADI BAIK - BERSAMA MAJALAH ASUH” akan diadakan sebagai pengisian pelajar.

Link gambar: https://www.facebook.com/share/p/16Gw8yar2n/

LAGI

KEM KEPIMPINAN & BINA INSAN AKHTAR 2025

⛺️Kem Kepimpinan & Bina Insan AKHTAR 2025
πŸ“ De Temoh Resort, Perak
πŸ—“οΈ 25-27 April 2025
Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang kem ini berlangsung menjadi asas kukuh dalam membentuk jati diri dan kepimpinan semua pelajar.
LAGI

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025M/1446H

TARIKH : 19 APRIL 2025

HARI : JUMAAT

MASA : 8.00 AM - 12.00 PM

TEMPAT : DEWAN NAFIZAH, AKHTAR

Jamuan potluck raya ini adalah untuk seluruh pelajar, guru dan pentadbiran AKHTAR.

LAGI

PROGRAM IFTAR JAMAIE DAN QIAMULLAIL 1446H/2025M

 

Assalammualaikum wbt,

Pihak Akademi  akan mengadakan Program Iftar Jamaie & Qiamullail.

Program ini akan melibatkan murid tahap 2 dan menengah.

Berikut adalah maklumat program;
Tarikh : 17- 18 Mac 2025 (Isnin -Selasa)
Tempat : Dewan Nafizah AKHTAR

**Kami mengalu-alukan sekiranya tuan/puan ingin menyumbang juadah untuk program iftar jamaie ini.

Semoga Allah SWT berkati segala usaha kita semua. InsyaAllah.

LAGI

Image News
Image News

Image Banner